Pemanduan selamat ketika hujan lebat
MEMANDU ketika hujan lebat memberi kelebihan baik kepada sistem penyejukan pada bahagian
enjin kenderaan.
Bagaimanapun, hujan yang terlalu lebat menyebabkan pandangan menjadi kurang jelas
serta permukaan jalan licin dan boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.
Ada tiga aspek yang perlu diambil
kira sebagai panduan apakah harus anda lakukan jika menghadapi situasi sedemikian.
Aspek kenderaan yang dipandu:
-
Pastikan bahagian bawah kenderaan tiada kebocoran
- Semua pintu mempunyai kedapan (seal) yang baik
- Pastikan
bahagian enjin, kotak gear dan galas (bearing) tidak berlaku kebocoran.
(Ini boleh menyebabkan air memasuki bahagian
bocor akibat tekanan arus tinggi sewaktu meredah jalan dinaiki air)
- Sistem cekam (clutch system), sistem brek serta
brek tangan dalam keadaan baik.
- Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman mantap
- Penggilap (wiper) hon
dan sistem elektrik seperti bahagian lampu hadapan dan juga lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik.
Antara
aspek yang perlu diberi perhatian ketika meredah jalan dinaiki air ialah:
- Beri laluan kepada kenderaan berat
dan anggarkan ketinggian air yang diredah melalui had tinggi tayar.
Sekiranya di bawah satu kaki tinggi, pemanduan
boleh dilakukan tetapi harus ingat, pandu kenderaan anda secara perlahan yang boleh.
Ia bertujuan untuk mengelakkan
percikan air membasahi enjin khasnya bahagian sistem penyalaan (ignition system).
Jangan memandu laju kerana ia boleh
menyebabkan bahagian enjin basah dan pengguna lain terutama penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena percikan air.
Selepas
meredah jalan dinaiki air, elakkan memandu laju kerana sistem brek anda tidak berfungsi sepenuhnya kerana permukaan brek basah.
Bagi mengatasi masalah ini, ada beberapa panduan berguna dan ia boleh dipraktikkan.
Sila ikuti panduan
yang diberikan:
- Gunakan gear satu atau dua bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear satu bagi sistem
automatik.
- Tekan pedal minyak dan brek serentak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek.
|